Kuasa Pengiklanan
Tentang iklan lagi... "Dah Potong" pasti ramai yang tergelak bila dengar ayat ni dan akan bercerita tentang iklan P1 ni kan???
itu lah kuasa iklan, dapat mempengaruhi orang ramai dalam membuat keputusan untuk "potong" hahahaha...
sy rasa iklan ni telah berjaya mempengaruhi orang..itulah kuasa iklan... klu x untung buat apa P1 menghabiskan kos lebih dari 1 juta untuk iklankan produk ini...kalau P1 sangup membayar lebih dari 1Juta untuk iklannya bayangkan pula berapa pula keuntungannya apabila iklan yang di siarkan berjaya menarik pelanggan-pelanggan baru...
Read more ...
Mengapa Mengeluh....?
Posted by
POOL CYBER
|
Date: Saturday, October 31, 2009 |
Labels:
ISLAM
JANGAN MENGELUHKita selalu Bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya....
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
– Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
– Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
– Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
– Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
– Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
– Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
– Surah Yusuf ayat 12
SEGALANYA TELAH ADA JAWAPANNYA
Read more ...
Aku Ingin Pulang
Posted by
POOL CYBER
|
Date: Thursday, September 17, 2009 |
Labels:
MOTIVASI
Aku baru sj start cuti.masa ni la bru dapat balik umah tgk tv..klu raya-raya ni mmg la banyak drama yang best-best tp yg paling aku nanti-nantikan setiap tahun adalah iklan raya. Pasti ada yang menarik n boleh dibuat bahan perbualan,lawak dan tak kurang jugak pengajaran.
iklan yang atas ni aku rasa dah lama dah tapi tetap memberi kesan yang mendalam kadang-kadang tu boleh buat mengalir air mata. walaupun hanya 3 minit tetapi mendalam maknanya. "what u done to your parent .. wat effect the action than done by your child to u .. in future" kalau iklan radio pulak aku ada dengar yang iklan budak x sabar nak bawak kerata sebab klu kena beratur panjang kita boleh guna lorong kecemasan untuk potong barisan tak perlu beratur lama, kalau kita nak marah just buka tingkap n marah saja kat orang tu...Zaman budak-budak lah zaman yang paling banyak meniru.
kedua-dua iklan ini lebih kurang sama di punya motif n benda yang nak di sampaikan... budak kecik apa yang dia tau. Segala yang keluar dari mulut dia memang ikhlas gila dari hati..x ada lembaga penapisan langsung..
So kesimpulannya ibu bapa lah yang mencorak kehidupan anak-anak..macam signbord kat depan Sek Rendah Abd Halim alor setar jalan stadium tu "anak anda adalah cermin diri anda".mendalam cukup maknanya tu... Read more ...
Usahawan dari Alor Star
Posted by
POOL CYBER
|
Date: Wednesday, September 16, 2009 |
Labels:
USAHAWAN

USAHAWAN Bumiputera yang terkenal dengan jenama kuih-muih tradisional dan moden, Arisya Home Bakery (Arisya) menyuntik pelaburan kira-kira RM100,000 bagi memperkukuhkan jenamanya sempena Aidilfitri kali ini.
Dengan memasarkan 21 jenis kuih ke seluruh negara sempena musim perayaan Aidilfitri sejak beroperasi sembilan tahun lalu.
Pemilik Arisya, Zuraini Kamal, berkata kali ini beliau memasarkan lebih 21 jenis biskut raya ke seluruh negara bagi memenuhi permintaan yang meningkat setiap tahun.
Zuraini menjelaskan, beliau mula berkecimpung dalam bidang itu sejak 2001 berikutan minat membuat kuih dan kek secara kecil-kecilan.Menurutnya, pelaburan yang dilakukan adalah untuk membeli bahan membuat kuih dan kek di samping membeli peralatan membuat kuih seperti ketuhar gelombang mikro, sewa tapak kedai serta bahan membuat kuih.
“Tidak sangka pula perniagaan yang mulanya hanya sekadar suka-suka terus menjadi minat mendalam. Setiap tahun tempahan kuih raya meningkat. Oleh itu, pelaburan terhadap kemudahan adalah penting,” katanya di Alor Star, Kedah.
Beliau berkata, antara kuih yang dijual ialah almond london, almond tip, almond, butter nut, ais cream, caterpillar, samperit, oat, nestum, kurma, kakmur kacang, makmur kurma, shortbread, gajus, double honey cookies, biskut cornflakes, roll tart, cornflakes madu, matahari dan choc chip.
“Setiap tahun syarikat kami banyak menerima tempahan kuih-muih terutama dari peniaga di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Perlis, Pahang selain di negeri ini.
“Kami mula membuat kuih ini sejak awal Ramadan memandangkan tempahan setiap tahun meningkat. Setiap hari kami membuat antara 20,000 hingga 30,000 kuih untuk pasaran seluruh negara,” katanya.
Zuraini berkata, Arisya Bakery menawarkan potongan harga istimewa 30 peratus kepada pemborong atau peniaga yang membeli lebih dari satu kotak yang mempunyai 24 balang kuih.
“Selain menjual kuih-muih, kami juga turut menjual tempat bekas kuih dengan harga RM18 bagi tiga set serta set hamper hari raya yang dijual antara RM35 hingga RM3,000 setiap satu,” katanya.
Katanya, syarikat itu kini mempunyai lapan pekerja pengeluaran yang beroperasi setiap hari mulai jam 8 pagi hingga 12 tengah malam sempena Aidilfitri kali ini.
Read more ...
Malu nak meniaga
Seorang budak sekolah melihatkan pengorbanan mak abah...
Teringin membantu meringankan beban mereka...
"Mak, buat laa kuih. Nanti boleh saya jual dekat sekolah" kata budak itu terkebil-kebil...
"Ko neh ye ye oooo je. Ko tak malu ke nak jual" kata mak dengan perasaan musykil...
"Laa. Kenapa perlu malu mak? Bukan buat salah pon" kata budak itu lagi...Mak pon memikirkan cadangan anaknya itu...
Sekali esok pagi bukan setakat kuih muih je mak dia masak...
Siap nasi lemak kukus ayam kampung goreng rempah lagi...
Budak itu tersenyum lebar...
Cadangan dia diterima baik oleh mak...
Dia pon mengambil bakul lalu diisi kuih serta nasi lemak...
Lalu perjalanan ke sekolah dengan memikul bakul bermula...
Masuk saja ke dalam klas semua orang memandang dia...
"Apahal budak neh bawak bekal sebakul kuih siap nasik lemak" kedengaran budak-budak lain mengata di belakangnya...
Budak itu mengendahkan saja...
Tiba saja waktu rehat dia pon mula menjual...
"Kuih! Kuih! Nasi Lemak!" jerit budak itu...
Seorang cikgu menghampiri dia lalu mengambil nasi lemak sebungkus...
Dihulurkan kepadanya duit besar...
*Duit besar pada budak itu berupa singgit...
Zaman dulu kala singgit tuh kre besar laa...
Besar bukan pada saiz tetapi pada nilai...
Budak itu pon menyeluk kocek lalu mengeluarkan semua syiling...
"Cikgu amik laa baki. Saya tak pandai kira" kata budak itu...
Cikgu itu mengambil beberapa syiling...
"Biar saya ajar kamu kira" kata cikgu itu...
*******************
Budak kecil yang tak reti nak kira pon dah mula meniaga...
Tanpa segan silu...
Perniagaan nasi lemak dan kuih semakin kencang...
Siap makcik kantin marah lagi pada budak itu...
"Habis tak laku makanan aku jual. Ko jangan jual lagi!!" kata makcik itu dengan nada marah...
Budak itu memang tak makan saman...
Pedulik apa dalam hati dia...
Cikgu tak marah pon...
Sapa suruh makcik masak tak sedap!!!
Biasa laa wujud persaingan dalam hidup seharian...
Kecik-kecik daa tahu pasal persaingan...
Memang hebat budak neh...
Besar-besar nanti mesti dia meniaga kat pasar malam kan...
Bila musim buah pula...
Budak itu akan jual buah di sekolah...
Antara buah yang selalu dijual adalah buah ciku...
Sehingga suatu ketika dia mendapat nama timangan...
"Mat Ciku"...
Memang satu sekolah kenal akan mat ciku itu...
*****************
Apabila sudah besar...
Mat ciku mula meniaga di pasar yang terletak di bandar...
Adik-beradik dia ramai...
Tapi yang pelik dia meniaga sorg2 je...
Bila ditanya kenapa begitu...
Jawab mat kerna mereka malu mahu meniaga...
Oooooo...
Begitu rupanya...
Ingatkan pasal mat tamak nak untung makan sorg...
******************
Dulu masa aku sekolah...
Ayah ada pernah belikan sekotak pemadam bendera negara-negara...
Sekotak tuh ada banyak jugak...
Mak aku pon suruh aku jual kat sekolah...
Aku pon kata ok jela...
Sampai kat sekolah aku mula segan nak jual...
Alih-alih buat lawan pemadam sudah...
Lawan punya lawan...
Aku menang besar jugak laa...
Dorg macam nak nanges je kalah...
Last-last aku cakap nak pulangkan...
Tapi dengan syarat dorg belanje aku makan masa rehat...
Dorg pon ok je so save laa duit blanje aku hari tuh...
Balik rumah aku tunjuk duit kat mak aku...
Aku kata banyak dapat jual...
Mak aku nak beli lagi sekotak...
%^(@^$@$@....
Aku kata daa satu klas beli...
Pemadam sebijik tuh tahan lama kot...
Tahun depan laa beli lagi sekotak...
Alih-alih mak aku lupa...
YES!!..
******************
Bila daa besar baru aku sedar...
Bahawa meniaga ini best juga...
Tiada guna nak segan-segan...
Orang yang meniaga pasar malam tuh lagi masyuk dari orang keje pejabat hawa dingin kot...
Mamat pegi office pon pakai Honda C70 je...
Brader jual kat pasar malam tuh ko tau pakai ape???
Honda city baru tuh kot...
Memang laa sama jenama honda...
Satu dua roda...
Yang satu lagi empat roda...
Jauh tuh beza...
Yang keje office tuh balik keje kene panas gak...
Motor mane ade aircond bang...
Awek pon ko rase nak naik kete ke moto honda kap mata belalang ko tuh???
Len kali pikir laa dulu baru nak rasa malu...
Setakat pakai semak semak tapi poket kosong takde guna laa kawan..
Read more ...
Teringin membantu meringankan beban mereka...
"Mak, buat laa kuih. Nanti boleh saya jual dekat sekolah" kata budak itu terkebil-kebil...
"Ko neh ye ye oooo je. Ko tak malu ke nak jual" kata mak dengan perasaan musykil...
"Laa. Kenapa perlu malu mak? Bukan buat salah pon" kata budak itu lagi...Mak pon memikirkan cadangan anaknya itu...
Sekali esok pagi bukan setakat kuih muih je mak dia masak...
Siap nasi lemak kukus ayam kampung goreng rempah lagi...
Budak itu tersenyum lebar...
Cadangan dia diterima baik oleh mak...
Dia pon mengambil bakul lalu diisi kuih serta nasi lemak...
Lalu perjalanan ke sekolah dengan memikul bakul bermula...
Masuk saja ke dalam klas semua orang memandang dia...
"Apahal budak neh bawak bekal sebakul kuih siap nasik lemak" kedengaran budak-budak lain mengata di belakangnya...
Budak itu mengendahkan saja...
Tiba saja waktu rehat dia pon mula menjual...
"Kuih! Kuih! Nasi Lemak!" jerit budak itu...
Seorang cikgu menghampiri dia lalu mengambil nasi lemak sebungkus...
Dihulurkan kepadanya duit besar...
*Duit besar pada budak itu berupa singgit...
Zaman dulu kala singgit tuh kre besar laa...
Besar bukan pada saiz tetapi pada nilai...
Budak itu pon menyeluk kocek lalu mengeluarkan semua syiling...
"Cikgu amik laa baki. Saya tak pandai kira" kata budak itu...
Cikgu itu mengambil beberapa syiling...
"Biar saya ajar kamu kira" kata cikgu itu...
*******************
Budak kecil yang tak reti nak kira pon dah mula meniaga...
Tanpa segan silu...
Perniagaan nasi lemak dan kuih semakin kencang...
Siap makcik kantin marah lagi pada budak itu...
"Habis tak laku makanan aku jual. Ko jangan jual lagi!!" kata makcik itu dengan nada marah...
Budak itu memang tak makan saman...
Pedulik apa dalam hati dia...
Cikgu tak marah pon...
Sapa suruh makcik masak tak sedap!!!
Biasa laa wujud persaingan dalam hidup seharian...
Kecik-kecik daa tahu pasal persaingan...
Memang hebat budak neh...
Besar-besar nanti mesti dia meniaga kat pasar malam kan...
Bila musim buah pula...
Budak itu akan jual buah di sekolah...
Antara buah yang selalu dijual adalah buah ciku...
Sehingga suatu ketika dia mendapat nama timangan...
"Mat Ciku"...
Memang satu sekolah kenal akan mat ciku itu...
*****************
Apabila sudah besar...
Mat ciku mula meniaga di pasar yang terletak di bandar...
Adik-beradik dia ramai...
Tapi yang pelik dia meniaga sorg2 je...
Bila ditanya kenapa begitu...
Jawab mat kerna mereka malu mahu meniaga...
Oooooo...
Begitu rupanya...
Ingatkan pasal mat tamak nak untung makan sorg...
******************
Dulu masa aku sekolah...
Ayah ada pernah belikan sekotak pemadam bendera negara-negara...
Sekotak tuh ada banyak jugak...
Mak aku pon suruh aku jual kat sekolah...
Aku pon kata ok jela...
Sampai kat sekolah aku mula segan nak jual...
Alih-alih buat lawan pemadam sudah...
Lawan punya lawan...
Aku menang besar jugak laa...
Dorg macam nak nanges je kalah...
Last-last aku cakap nak pulangkan...
Tapi dengan syarat dorg belanje aku makan masa rehat...
Dorg pon ok je so save laa duit blanje aku hari tuh...
Balik rumah aku tunjuk duit kat mak aku...
Aku kata banyak dapat jual...
Mak aku nak beli lagi sekotak...
%^(@^$@$@....
Aku kata daa satu klas beli...
Pemadam sebijik tuh tahan lama kot...
Tahun depan laa beli lagi sekotak...
Alih-alih mak aku lupa...
YES!!..
******************
Bila daa besar baru aku sedar...
Bahawa meniaga ini best juga...
Tiada guna nak segan-segan...
Orang yang meniaga pasar malam tuh lagi masyuk dari orang keje pejabat hawa dingin kot...
Mamat pegi office pon pakai Honda C70 je...
Brader jual kat pasar malam tuh ko tau pakai ape???
Honda city baru tuh kot...
Memang laa sama jenama honda...
Satu dua roda...
Yang satu lagi empat roda...
Jauh tuh beza...
Yang keje office tuh balik keje kene panas gak...
Motor mane ade aircond bang...
Awek pon ko rase nak naik kete ke moto honda kap mata belalang ko tuh???
Len kali pikir laa dulu baru nak rasa malu...
Setakat pakai semak semak tapi poket kosong takde guna laa kawan..
Read more ...
Prof Dr Ismail "Hilangnya Sebutir Permata"
Posted by
POOL CYBER
|
Date: Sunday, August 30, 2009 |
Labels:
MOTIVASI

Zakaria terkenang azam Prof Dr Ismail kejar ilmu ketika kecil
JANJI Zakaria Md Salleh, 64, kepada ibunya dia akan menjaga adiknya sampai mati bukan cakap kosong.
Khamis lalu adalah penamat khidmat beliau sebagai pembantu peribadi yang juga abang kepada Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech, Allahyarham Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.Ismail meninggal dunia dalam penerbangan dari China ke Singapura pagi Khamis lalu pada usia 61 tahun.
Pemergian mengejut Allahyarham adiknya itu akibat komplikasi serangan jantung banyak meninggalkan kenangan kepada beliau, apatah selaku 'mata dan telinga' untuk adiknya itu, khususnya apabila mengingati ada perjuangan Allahyarham yang belum selesai.
Masih kuat dalam ingatan, setiap kali pulang dari sekolah ketika kecil, Ismail akan setia menunggu dengan pelita tanah. Zakaria disapa dengan ayat: "Apa abang belajar hari ini, tolong ajar aku." Demikianlah minat mendalam terhadap ilmu pengetahuan ditunjukkan Allahyarham seawal usia lima tahun. "Kesungguhan Allahyarham dan desakan hidup akibat kemiskinan ditambah persepsi masyarakat yang menghina serta memandang serong keluarga kami yang ada anak cacat penglihatan menguatkan lagi hati saya untuk berkorban apa saja demi masa depannya," katanya yang terpaksa memperlahankan aktiviti bersama Allahyarham tiga tahun lalu, selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.
Walaupun hidup susah dalam rumah yang berdinding dan lantai buluh serta beratap rumbia, mereka sembilan beradik begitu bersyukur dengan ayah mereka, Md Salleh Yusof yang hanya petani, tetapi berpandangan jauh.
"Kami sekeluarga terpaksa menerima tohmahan dan umpat cerca orang kampung apabila ayah menempatkan Ismail di Sekolah Orang Buta Princess Elizabeth di Johor Bahru. Kata mereka kami sekeluarga nak cuci tangan daripada tanggungjawab membela anak kurang upaya, tidak kurang pula menyindir sanggup menjaga Ismail jika ayah tidak sanggup," katanya yang dibesarkan di Kampung Gua Salor, Pasir Mas, Kelantan.
Biarpun permulaan usaha untuk memastikan mutu pembelajaran diterima setimpal dengan kebijaksanaan Allahyarham, hakikatnya kemudahan untuk orang seperti Ismail pada awal 60-an hampir tiada cukup untuk perkara asas saja.
Sebagai abang yang memang cukup akrab dengan Allahyarham, kasih sayangnya terhadap adik beradik lain tidak dibeza-bezakan. Lumrah dalam hubungan adik beradik memang tidak dapat lari daripada berselisih faham, namun tidak bagi Zakaria dan Ismail.
"Susah untuk saya jelaskan, keakraban kami sebagai adik beradik sukar untuk diterjemahkan. Biarpun saya diibaratkan mata dan telinganya, saya tidak ambil hati langsung jika ditegur Allahyarham. Bagi saya, apa yang keluar dari mulutnya datang daripada Allah, bukan sembarangan. Gerak rasa, pemikirannya melangkaui insan normal, sangat luhur buat saya.
"Adik beradik lain sangat memahami tumpuan yang perlu diberikan kepada Allahyarham. Mereka tidak pernah merungut, malah bersama-sama cuba membantu selagi terdaya," katanya yang sanggup meninggalkan perniagaan miliknya semata-mata untuk menjadi mata dan telinga kepada Allahyarham.
"Memang saya tinggalkan semuanya kerana dia. Saya tinggalkan perniagaan di kampung padahal orang kampung ketika itu banyak bergantung pada kedai itu. Sebelum saya kahwin, sayalah yang membacakan buku untuknya, tukang masak, tukang dobi, menguruskan makan minum, pemandu, pembantu dan macam-macam lagi. Apa saja, semuanya saya buat tanpa mengabaikan adik yang lain," katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Kantan, Kajang sekembali dari menziarahi pusara adiknya.
"Sebaik dia kembali dengan tiga ijazah dalam masa tujuh tahun, perubahan kehidupan mula dirasai. Inilah hasil yang diraih selepas pelbagai pengorbanan hingga Allahyarham dan kami adik beradik mampu menghantar dua lagi adik kami melanjutkan pelajaran ke Australia dan Amerika Syarikat," katanya.
Beliau mengakui Allahyarham amat tersentuh ketika membicarakan soal masa depan Melayu.
"Sebagai pakar ekonomi, dia sangat bimbang orang Melayu ketinggalan kerana padanya Tragedi 13 Mei 1969 berpunca daripada kemiskinan yang dihadapi Melayu.
"Allahyarham berjuang untuk bangsa Melayu dan berjuang untuk membasmi kemiskinan. Usahanya selama ini tidak akan berkubur, malah pemergiannya bukan penghalang untuk memperjuangkan peningkatan akses terhadap infrastruktur orang kurang upaya (OKU) yang pada pendapatnya jauh ketinggalan berbanding di negara lain," katanya.
Syafiq Hanis , 19, anak keempat dan paling rapat dengan Allahyarham berkata, bapanya tidak pernah meninggikan suara, melenting apatah lagi memukul ketika mendidik anak.
"Biarpun ayah tegas, terutama dalam menentukan pendidikan anak, tetapi sekalipun ayah tidak pernah menguatkan suara setiap kali kami melakukan kesalahan. Malah, ayah ketawa apabila melihat emak menegur dan marahkan kami adik-beradik," katanya. Read more ...
Ahlan wasahlan ya RAMADHAN
Posted by
POOL CYBER
|
Date: Saturday, August 22, 2009 |
Labels:
ISLAM
Ahlan wa sahlan wa marhaban ya ramadhan… Kami gembira menyambutmu. Hati kami senantiasa merindukanmu.alhamdulillah bertemu kembali aku di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari tuhan yg esa....mudah-mudahan dapat menjadikan ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya..
KELEBIHAN SOLAT TERAWIH
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir̢۪aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka. Read more ...
Subscribe to:
Posts (Atom)