Monday, July 27, 2009

BACA LIHAT DAN LU PIKE LA SENDIRI

DITERIMA MELALUI EMAIL
Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009,
aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan
penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak.
InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan
menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang
baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak
dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang
geragau.



Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang
geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang
menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan
lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama
utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja
industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti
Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di
sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang
geragau sebagai hasil pendapatan mereka.



Aku agak terkejut
dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu
hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya
bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas
pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur.
Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu
supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku
ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar
pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh
tercampur sekali dengan geragau tersebut.



Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut
itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas.
Sedap bukan udang geragau yang kita makan?




Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan!
Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di
kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba
melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri
itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.


Lihatlah betapa enaknya geragau yang
bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan
anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing
berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur
tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat
anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk
meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada
industri geragau yang aku lihat!


Lihatlah kelibat sang
anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa
sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi
kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa
aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan
isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat
perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

No comments:

Post a Comment