meh sini aku nak cita macam mana nak guna minatang ni.
Anda hanya perlu pilih memory card anda dan nyatakan di mana gambar-gambar yang berjaya diselamatkan akan disimpan. Ianya boleh menyelamatkan imej yang telah anda delete atau dari memory card yang anda format.

andai kata anda tidak berkenan nak meminang software yang kat atas ni anda juga boleh meminang software PC Inspector Smart Recovery, anda boleh memilih jenis imej yang hendak anda recover dari memory card. Anda juga boleh memilih berdasarkan jenis kamera yang digunakan. PCI Smart Recovery akan recover segala fail yang dijumpai, samada yang anda telah delete atau format.Kedua-duanya sama sahaja.

kalau software ni pun anda x suka.boleh la memilih calon yang ke tiga iaitu MjM Free Photo Recovery Software yang membenarkan anda melihat terlebih dahulu foto-foto yang dijumpai. Anda boleh memilih untuk menyimpan foto yang anda inginkan sahaja. Perisian ini juga boleh mampu untuk recover foto yang telah anda delete, ataupun foto dari memory card yang telah anda format.

itu lah saja yang aku dapat kongsikan serba sedikit pengetahuan yang aku ada. Sebelum terlupa.Pesanan aku yang amat penting.klu perkara ini berlaku jangan gunakan kamere tu sebab kalau guna, gambar yang diambil akan overwrite atas file yang kita dah ter'delete'....so nnt jadi macam aku la..gambar-gambar aku x dapat di ambil balik sebab aku guna kamere tu lapas aku ter'delete...yang tingal hanya lah gambar kenangan beramai-ramai jadi lah beramai-ramai pun asalkan ada jugak gambar kenangan aku kat puncak tu
cari mana aku..ni lah satu-satunya gambar kenangan aku yang diambil di puncak gunung ledang
No comments:
Post a Comment