usahawan bukannya manusia luar biasa
cuma usahawan
luar biasa kerjanya
luar biasa ketabahannya
luar biasa tindakannya
bertemu usahawan itulah rezki
kerana usahawan membawa peluang
kepada yang mahu mengubah diri sendiri
hidup jiwanya bersama usahawan
fikir kejayaan
fikir stratigi
fikir kelemahan diri sendiri
bukan mencari kelemahan orang lain
masa bagi usahawan amat penting
menyusun merancang dan mengatur
yang paling penting usahawan tidak takut dgn pesaing
kerana usahawan sering bersedia
tetapi pesaing yang takut usahawan
kerana mereka gimik semata-mata
istilah gagal dan putus asa
tidak ada dalam kamus usahawan
di balik gagal ada kejayaan
putus asa pula pintu kekufuran
cita-cita usahawan cukup tinggi
kadang-kadang usahawan dikatakan bermimpi
gerak kerja usahawan penuh wawasan
mengalahkan mereka yang punya kelulusan
yang mampu merancang tidak punya pengalaman
kalau tidak
usahawan tidak boleh berada di puncak jaya
memiliki yang tidak dimiliki
usahawan bukannya manusia luar biasa
usahawan berdiri di atas kaki sendiri
usahawan punya idola sendiri
yang patut di contohi
bahkan
sejarah kejayaan usahawan sediri
akan ditulis oleh orang suatu hari nanti
paling penting usahawan
manusia bertakwa
banyak kebajikannya
banyak ibadahnya
banyak zikirnya
kuat perjuangganya
amat kasih usahawan pada rasulnya
amat cinta usahawan pada tuhannya
No comments:
Post a Comment