Thursday, November 13, 2008

Novel "HANYA SATU"

kepada penggemar novel boleh la download n baca novel dalam format .pdf



Sebuah novel hasil karya saudara Shabiq Noor yang mengisahkan tentang sebuah kehidupan percintaan dua darjat antara seorang pelajar dengan seorang guru kaunseling. Sha seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM dilamun cinta apabila kehadiran Khatty, seorang guru kaunseling di sekolahnya.

Sepanjang kehidupannya di sekolah tersebut, Sha telah mengalami pelbagai pengalaman yang menarik mahupun duka bersama rakan-rakannya. Dia mahu melafazkan hasrat hati kepada gurunya. Namun segala-galanya terlambat apabila Khatty sudah bertunang dan memikirkan kekangan antara mereka.

Masa berjalan begitu pantas. Sepuluh tahun telah berlalu. Sha berjaya menjadi seorang doktor pakar dan dilantik sebagai pengerusi kepada Persatuan Perubatan Dunia. Tidak sabar rasanya untuk Sha pulang ke tanahair setelah sekian lama bekerja di Amerika. Tibanya Sha ke tanahair disambut satu berita yang amat berat untuk diterima. Khabar dari kawan-kawannya mengatakan bahawa Khatty telah menghidap penyakit buah pinggang.

Dengan menggunakan nama samaran, dia dan Hannah, pembantu kepadanya mula membantu untuk mendapatkan organ gantian. Sepanjang pencariannya, berlaku pelbagai konflik dalam diri Sha.

Apakah yang akan berlaku diakhir novel ini? Berjayakah Sha dan Hannah mencari buah pinggang baru untuk gurunya? Apakah konflik yang telah berlaku ke atas diri Sha?

Klik kanan pada link URL dibawah dan pilih "Save Link As" atau "Save Target As" untuk mendownload "Bab Satu" e-Novel.

http://www.karyakreatif.com/hanyasatu/download645/Hanya_Satu-BAB_SATU.zip

sambunggan ceritanya akan meyusul kemudian....

tunggu.......

Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila email kepada kami di

pool.cyber89@gmail.com

No comments:

Post a Comment